16 November 2017 (Khamis) - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor telah mengadakan Ceramah Keselamatan dan Latihan Pengungsian Bangunan & Kebakaran (Fire-Drill) yang bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Setiap daerah telah menghantar sekurang-kurangnya tiga orang wakil dari zon masing-masing bagi menghadiri program tersebut termasuklah wakil dari Zon Berlian, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam.