Latihan Pengungsian Bangunan dan Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api 2026


 
  

6 JULAI 2026 – Satu latihan kebakaran dan pengungsian bangunan (fire drill) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara Balai Bomba dan Penyelamat  (BPP) Sungai Besar dan pihak Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam.

Atur Cara Latihan

Latihan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini melibatkan seramai 10 kakitangan mahkamah bermula dengan taklimat keselamatan dalam bangunan. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran keselamatan dalam kalangan warga mahkamah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan, khususnya kebakaran.

Simulasi bermula apabila loceng kecemasan dibunyikan berikutan "kejadian kebakaran" yang dikesan di bilik rehat aras bawah bangunan mahkamah. Pasukan ERT mahkamah dengan pantas mengarahkan semua kakitangan keluar melalui laluan evakuasi yang ditetapkan.

Tidak lama kemudian, sebuah jentera dari BBP Sungai Besar bersama sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian dalam masa yang pantas untuk menjalankan operasi memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa terperangkap.

Selepas latihan tamat, pihak bomba telah mengadakan latihan memadam api menggunakan alat pemadam api ringan bersama warga Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam.

Pegawai Bomba yang mengetuai operasi memuji tahap disiplin dan kesungguhan warga mahkamah sepanjang latihan dijalankan. Beliau turut mengingatkan pentingnya aspek penyelenggaraan alat pemadam api ringan (APAR) serta memastikan laluan kecemasan sentiasa bebas daripada sebarang halangan.

Pihak Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BBP Sungai Besar atas komitmen dan tunjuk ajar profesional yang diberikan, demi memastikan keselamatan aset kerajaan serta nyawa sentiasa terpelihara.

LOGO ZON BERLIAN 2026

zon berlian by MRS SABAK BERNAM EKSA

AUDIT EKSA 2025